Frequently Asked Questions

    Koperasi Tenaga Nasional ditubuhkan pada 1 Ogos 1951 dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

    a. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan TNB dan syarikat yang berkaitan.

    b. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi TNB mestilah:

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Telah mencapai umur lapan belas tahun;
    3. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

    Untuk memohon pembiayaan Koperasi, tuan/puan perlu melengkapkan borang permohonan pembiayaan berserta dokumen sokongan yang perlu dihantar ke alamat pejabat Koperasi TNB seperti berikut:-

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad
    No. 96 Jalan Bangsar
    59200 Kuala Lumpur.


    Dokumen sokongan yang diperlukan ialah:-

    1. Satu (1) salinan kad pengenalan peminjam (depan dan belakang)
    2. Satu (1) salinan penyata gaji terbaru (3 bulan)
    3. Satu (1) salinan kad pengenalan penjamin-penjamin (depan dan belakang), jika memohon pembiayaan berjamin
    4. Satu (1) salinan bil elektrik/ air


    Borang pembiayaan boleh diperolehi dengan beberapa cara berikut:

    1. Muat turun dari laman sesawang Koperasi TNB iaitu di www.koptnb.com.my ;
    2. Mengunjungi Pejabat Koperasi TNB di 96 Jalan Bangsar, Kuala Lumpur;
    3. Mengunjungi Koptown@HQ di Ibu pejabat TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur;
    4. Mengunjungi KopTown@ILSAS di ILSAS, Kajang;

    Tuan/puan boleh menyemak baki pembiayaan melalui  webportal https://ktnb.koptnb.com/ktnb/login

    1. Telah menjadi anggota selama tiga (3) bulan.
    2. Pekerja tetap TNB atau subsidiari TNB.
    3. Melepasi tapisan had kelayakan potongan gaji (perlu mengemukakan tiga (3) bulan slip gaji terkini untuk pengiraan “Debt Service Ratio” (DSR) Bank Negara Malaysia. Had kelayakan potongan gaji adalah seperti berikut:-

      1. Gaji Pokok RM2,000 kebawah, DSR maksima ditetapkan ialah 50%.
      2. Gaji Pokok RM2,001 ke atas, DSR maksima ditetapkan ialah 60%.

    1. Berikutan peningkatan paras keberhutangan isi rumah di Malaysia yang meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil langkah-langkah menstabilkan kewangan menurut Seksyen 31 Akta Bank Negara Malaysia 2009 dengan mengeluarkan surat pekeliling bertarikh 5hb Julai 2013 yang terkandung arahan-arahan untuk dipatuhi oleh semua Koperasi kredit yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

    2. Mana-mana individu atau Koperasi yang gagal mematuhi Seksyen 31 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi SEPULUH JUTA RINGGIT (RM10 JUTA) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
    3. Bank Negara akan mengkaji keperluan langkah-langkah kestabilan kewangan ini dari masa ke masa dengan mengambil kira faktor-faktor seperti keberkesanan langkah-langkah tersebut dan sebarang ancaman dan risiko kepada kestabilan kewangan.

    4. Formula Debt Service Ratio (DSR) yang digariskan oleh Bank Negara adalah seperti di bawah:
    5.  

      DSR =     Jumlah Bayaran Balik Pembiayaan
      ------------------------------  x 100%


      Pendapatan - Amaun Statutori  

             
    6. Tarikh kuatkuasa adalah pada 31 Mac 2014.

    Koperasi tidak mengenakan sebarang caj semasa permohonan pembiayaan.

    Jenis-jenis pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi TNB ialah:

    A ) Pembiayaan Tawaruq Tanpa Penjamin

    Syarat-syarat permohonan:

    1. Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM15,000
    2. Kadar perkhidmatan 5.9% setahun sama rata
    3. Anggota wajib mencarum Takaful Etiqa/Insurans berkelompok bulanan minimum RM20.00
    4. Tempoh bayaran ansuran selama 48 bulan.
    5. Bayaran duti setem pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pembiayaan RM1000

    Istilah pembiayaan:

    i .“Tawaruq” - membeli sesuatu barang dengan harga tangguh kemudian menjualnya kepada pihak ketiga untuk memperolehi wang tunai;
    ii. Duti setem - adalah cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia ke atas apa-apa transaksi yang membabitkan perjanjian yang ditandatangani. Setelah duti setem dibayar atas perjanjian pinjaman anda, perjanjian tersebut digelar sah dan boleh digunakan dalam makhamah sekiranya apa-apa masalah timbul antara pihak yang terlibat.



    B ) Pembiayaan Tawaruq Jamin Khas

    Syarat-syarat kelayakan permohonan:

    1. Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM 50,000
    2. Menyediakan sekurang-kurangnya 3 orang penjamin
    3. Kadar perkhidmatan 5.9% setahun sama rata.
    4. Tempoh bayaran ansuran selama 120 bulan
    5. Bayaran Levi dan Duti setem pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pembiayaan RM1000


    C ) Pembiayaan Tawaruq Yuran

    Syarat-syarat kelayakan permohonan:

    1. Jumlah maksimum pembiayaan 90% dari jumlah yuran.
    2. Kadar perkhidmatan 4.9% setahun sama rata
    3. Tempoh bayaran ansuran selama 120 bulan.
    4. Bayaran duti setem pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pembiayaan RM1000


    D ) Pembiayaan Qard Pembiayaan Qard adalah untuk membantu anggota-anggota untuk tujuan perbelanjaan didalam kecemasan.

    Syarat-syarat kelayakan permohonan:

    1. Jumlah maksimum pembiayaan Qard RM5000 dan minimum RM1000
    2. Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin
    3. Pembiayaan ini tidak dikenakan kadar perkhidmatan(0 %)
    4. Jumlah yuran hendaklah melebihi 10 % ikatan dengan pembiayaan
    5. Anggota mempunyai jumlah yuran melebihi jumlah pembiayaan yang dipohon
    6. Mengemukakan permohonan kepada Koperasi TNB menggunakan borang rasmi
    7. Bayaran Proses Pembiayaan Qard adalah seperti berikut :
    8. Jumlah Pinjaman Amount(RM)
      RM1000 - RM1500 RM 50
      RM1600 - RM2000 RM 75
      RM2100 - RM3000 RM 125
      RM3100 – RM4000 RM 175
      RM4100 – RM5000 RM 225

    9. Potongan Bulanan Pembiayaan Qard adalah seperti berikut:


    10. Jumlah Pinjaman Amount(RM)
      RM1000 - RM2000 Potongan Maksimum sehingga 12 bulan
      RM2100 - RM3000 Potongan Maksimum sehingga 18 bulan
      RM3100 - RM4000 Potongan Maksimum sehingga 24 bulan
      RM4100 - RM5000 Potongan Maksimum sehingga 30 bulan



    E ) Pembiayaan Tawaruq Gadai Janji

    Syarat-syarat kelayakan permohonan:

    1. Tiada kiraan had kelayakan gaji kerana ia bersandarkan 95% dari nilai harta yang hendak digadaikan.
    2. Telah menjadi anggota sekurang-kurangnya 12 bulan genap
    3. Had pembiayaan RM 150,000
    4. Tempoh bayaran balik 216 bulan (18 Tahun)
    5. Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin kerana ia bersandarkan atas harta tak alih anggota.a
    6. Hibah pembiayaan RM5 bagi tiap-tiap RM1,000 atau sebahagiannya akan dikenakan kepada anggota yang mengambil pembiayaan berjamin
    7. Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 5.9% setahun kadar rata

    Bagi permohonan yang lengkap, tempoh proses kelulusan adalah selama 5 hari bekerja. Setiap pemohon akan dimaklumkan samada diluluskan atau tidak melalui sistem pesanan ringkas (SMS).Pemakluman penghantaran surat tawaran pembiayaan melalui citylink juga dimaklumkan kepada anggota menggunakan SMS.

    Anggota yang menyelesaikan pembiayaan sepenuh atau sebahagiannya dengan lebih awal dari tempoh pembayaran balik ataupun mengambil pembiayaan bertindih, anggota harus membayar balik kos perkhidmatan 20% dari baki keuntungan belum genap tempoh atau peratusan yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

    Had tanggungan seseorang anggota sebagai penjamin adalah sebanyak lima belas (15) bulan gaji pokok atau satu perpuluhan lima (1.5) kali daripada had maksimum pembiayaan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa yang mana kurang.

    Untuk mendapatkan penjelasan terperinci, tuan / puan boleh menghubungi pegawai kami di bahagian pembiayaan ditalian 03-22824660 sambungan 114/ 120/ 118 atau emailkan persoalan tuan / puan ke:--

    Tuan / puan juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan ke wassap unit pembiayaan ke no. +60192367264 / +60192433425.

    Anggota dibenarkan membuat penyelesaian awal pembiayaan diatas dan surat penyelesaian awal pembiayaan boleh diperolehi dari unit Akaun Koperasi TNB.

    Tuan / puan perlu majukan ke no wassap unit pembiayaan 3 bulan slip gaji terkini bagi pengiraan kelayakan potongan gaji dan anggaran jumlah bersih pembiayaan yang akan diperolehi.

    Oleh kerana ia melibatkan akta PDPA, hanya tuanpunya diri sahaja yang boleh membuat pertanyaan kelayakan menjamin.

    Ianya dibenarkan. Tuan / puan boleh menghantar wassap unit pembiayaan mohon borang pengantian penjamin.

    Boleh. Hanya pembiayaan tunai sahaja dibenarkan untuk permohonan penangguhan bayaran 3 bulan tetapi dengan syarat potongan pembiayaan telah berjalan selama 12 bulan.

    Anggota baru yang telah mencarum selama 3 bulan melalui potongan gaji layak untuk memohon pembiayaan tunai.

    Pengeluaran adalah untuk tujuan berikut :

    1. membeli tanah;
    2. membeli tanah dan rumah;
    3. mendirikan rumah di atas tanah yang sudah diperolehi;
    4. membuat tambahan atau pembaharuan yang utama kepada rumah yang sudah dimiliki oleh anggota;
    5. menunaikan fardhu Haji, Umrah atau ke tempat suci seberang laut buat pertama kali;
    6. melanjutkan pelajaran;
    7. rawatan perubatan;
    8. pembelian barangan dan perkhidmatan Koperasi bagi anggota berumur 56 tahun dan ke atas
    9. menunaikan ibadah Qurban dan Aqiqah.

    Anggota adalah dibenar mengeluarkan yuran sebanyak tujuh (7) kali di dalam tempoh keanggotaannya.

    Pengeluaran yuran tidak dibenarkan sekiranya anggota mempunyai tanggungan sebagai peminjam dengan syarat mempunyai baki yuran selepas pengeluaran melebihi sepuluh (10) peratus dari jumlah pinjaman atau pembiayaan tersebut.

    Untuk menjadi anggota Koperasi TNB, tuan/puan hendaklah melengkapkan borang permohonan menjadi anggota

    Koperasi TNB dan hantar ke alamat:-

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad
    96, Jalan Bangsar
    59200 Kuala Lumpur.

    1. Terbuka kepada pekerja TNB dan syarikat subsidiari TNB;
    2. Warganegara Malaysia;
    3. Telah mencapai umur lapan belas tahun;
    4. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    5. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

    Permohonan menjadi anggota akan dibentangkan dalam mesyuarat bulanan Koperasi TNB dan akan dimaklumkan secara bertulis kepada anggota dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas mendapat kelulusan mesyuarat bulanan.

    Terdapat 10 keistimewaan menjadi anggota Koperasi TNB :

    1. Pulangan Pelaburan
    2. Di Saat Memerlukan
    3. Keperluan Tambahan
    4. Barangan Berkualiti Harga Berpatutan
    5. Sempurnakan Impian
    6. Perlindungan Berpanjangan
    7. Hadiah Sampingan
    8. Bantuan Tanpa Bayaran / Pinjaman Tanpa Faedah
    9. Tabungan Persaraan Dipulangkan
    10. Warisan Meniti Puncak Wawasan

    Untuk mendapatkan penjelasan terperinci, tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami di bahagian keanggotaan ditalian 03-22824660 sambungan 119 / 121 atau emailkan persoalan tuan/puan ke:-

       

    Tuan / puan juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan ke wassap unit keanggotaan ke no. +60122036985.