Anda Di Sini : Utama Permohonan FAQ
 
     
 
  FAQ
 

 
.....................................................
 
.....................................................
 
 
FAQ
 
 
 
     
 

BILAKAH KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD DITUBUHKAN?
Koperasi Tenaga Nasional ditubuhkan pada 1 Ogos 1951 dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.


 

APAKAH SYARAT KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA?

  1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan TNB dan syarikat yang berkaitan.
  2. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi TNB mestilah:

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Telah mencapai umur lapan belas tahun;
    3. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.


PEMBIAYAAN
BAGAIMANAKAH INGIN MEMOHON PEMBIAYAAN KOPERASI?
Untuk memohon pembiayaan Koperasi, tuan/puan perlu melengkapkan borang permohonan pembiayaan berserta dokumen sokongan yang perlu dihantar ke alamat pejabat Koperasi TNB seperti berikut:-


Koperasi Tenaga Nasional Berhad
No. 96 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur.


Dokumen sokongan yang diperlukan ialah:-

  1. Satu (1) salinan kad pengenalan peminjam (depan dan belakang)
  2. Satu (1) salinan penyata gaji terbaru (3 bulan)
  3. Satu (1) salinan kad pengenalan penjamin-penjamin (depan dan belakang), jika memohon pembiayaan berjamin
  4. Satu (1) salinan bil elektrik/ air
  5. Satu (1) salinan laporan CCRIS, jika memohon pembiayaan lebih daripada RM25,000


BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAPATKAN BORANG PEMBIAYAAN?
Borang pembiayaan boleh diperolehi dengan beberapa cara berikut:

  1. Muat turun dari laman sesawang Koperasi TNB iaitu di www.koptnb.com.my ;
  2. Mengunjungi Pejabat Koperasi TNB di 96 Jalan Bangsar, Kuala Lumpur;
  3. Mengunjungi Koptown@HQ di Ibu pejabat TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur;
  4. Mengunjungi KopTown@ILSAS di ILSAS, Kajang;
  5. Mengunjungi Koptown@muadzam di UNITEN Muadzam Shah, Pahang.

 

ADAKAH CARA LAIN SELAIN MENELEFON KOPERASI UNTUK MENYEMAK BAKI PEMBIAYAAN?
Tuan/puan boleh menyemak baki pembiayaan melalui  webportal https://ktnb.koptnb.com/ktnb/login


APAKAH SYARAT-SYARAT UNTUK MENDAPAT PEMBIAYAAN KOPERASI TNB?
Antara syarat-syarat untuk mendapat pembiayaan Koperasi TNB adalah:-

  1. Telah menjadi anggota selama tiga (3) bulan.
  2. Pekerja tetap TNB atau subsidiari TNB.
  3. Melepasi tapisan had kelayakan potongan gaji (perlu mengemukakan tiga (3) bulan slip gaji terkini untuk pengiraan “Debt Service Ratio” (DSR) Bank Negara Malaysia. Had kelayakan potongan gaji adalah seperti berikut:-

    1. Gaji Pokok RM2,000 kebawah, DSR maksima ditetapkan ialah 50%.
    2. Gaji Pokok RM2,001 ke atas, DSR maksima ditetapkan ialah 60%.


APAKAH DEBT SERVICE RATIO (DSR) DAN KENAPA IA DIKUATKUASAKAN OLEH KOPERASI TNB?

  1. Berikutan peningkatan paras keberhutangan isi rumah di Malaysia yang meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil langkah-langkah menstabilkan kewangan menurut Seksyen 31 Akta Bank Negara Malaysia 2009 dengan mengeluarkan surat pekeliling bertarikh 5hb Julai 2013 yang terkandung arahan-arahan untuk dipatuhi oleh semua Koperasi kredit yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

  1. Mana-mana individu atau Koperasi yang gagal mematuhi Seksyen 31 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi SEPULUH JUTA RINGGIT (RM10 JUTA) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

 

  1. Bank Negara akan mengkaji keperluan langkah-langkah kestabilan kewangan ini dari masa ke masa dengan mengambil kira faktor-faktor seperti keberkesanan langkah-langkah tersebut dan sebarang ancaman dan risiko kepada kestabilan kewangan.
  1. Formula Debt Service Ratio (DSR) yang digariskan oleh Bank Negara adalah seperti di bawah:

 

DSR =     Jumlah Bayaran Balik Pembiayaan
-------------------------------------------------  x 100%
Pendapatan - Amaun Statutori         

  1. Tarikh kuatkuasa adalah pada 31 Mac 2014.

 

ADAKAH APA-APA BAYARAN YANG DIKENAKAN SEMASA PERMOHONAN PEMBIAYAAN?
Tiada apa-apa bayaran dikenakan semasa permohonan pembiayaan.



APAKAH JENIS-JENIS PEMBIAYAAN YANG DISEDIAKAN DAN SYARAT YANG DIKENAKAN OLEH KOPERASI TNB?
Jenis-jenis pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi TNB ialah:

  1. Pembiayaan Bai’ al’Inah Tanpa Penjamin

Syarat-syarat permohonan:

  1. Kiraan Had Kelayakan - Sembilan (9) bulan gaji (gaji pokok dicampur elaun-elaun tetap bulanan) atau RM15,000 yang mana kurang.
  2. Had pembiayaan RM15,000
  3. Tiada penjamin tetapi perlu melanggan premium insurans Etiqa RM20
  4. Tempoh bayaran balik 84 bulan (7 Tahun). Bagi pembiayaan dibawah RM11,000 dibenarkan, tempoh bayaran balik 48 bulan (4 Tahun)
  5. Kadar keuntungan yang dikenakan adalah 5.9% setahun rata
  6. Stamp Duti RM5 bagi tiap-tiap RM1,000 dikenakan kepada anggota yang mengambil pembiayaan.


  1. Pembiayaan Bai’ al’Inah Berjamin

Syarat-syarat kelayakan permohonan:
i.    Kiraan Had Kelayakan - Sembilan (9) bulan gaji (gaji pokok dicampur elaun-elaun tetap bulanan) atau RM35,000 yang mana kurang.
ii.   Had pembiayaan RM35,000 (jika memohon pembiayaan melebihi RM25,000 perlu lampirkan laporan CCRIS Bank Negara)

    1. Tempoh bayaran balik 84 bulan (7 Tahun)
    2. Pembiayaan ini memerlukan minimum dua (2) penjamin
    3. Kadar keuntungan yang dikenakan adalah 5.9% setahun rata
    4. Hibah pembiayaan RM5 bagi tiap-tiap RM1,000 atau sebahagiannya akan dikenakan     kepada anggota yang mengambil pembiayaan berjamin
    5. Stamp Duti RM5 bagi tiap-tiap RM1,000 dikenakan kepada anggota yang mengambil pembiayaan.


  1. Pembiayaan Bai’ al’Inah Yuran

Syarat-syarat kelayakan permohonan:
i.     Tiada kiraan had kelayakan gaji kerana ia bersandarkan baki Yuran
ii.    Tiada had pembiayaan kerana jumlah kelayakan pembiayaan tertakluk kepada 90% daripada baki Yuran
iii.   Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin kerana ia bersandarkan atas baki Yuran anggota.
iv.    Tempoh bayaran balik 84 bulan (7 Tahun)


  1. Kadar keuntungan yang dikenakan adalah 5.9% setahun rata
  2. Stamp Duti RM5 bagi tiap-tiap RM1,000 dikenakan kepada anggota yang mengambil pembiayaan.

 

  1. Pembiayaan Qard

Syarat-syarat kelayakan permohonan:

  1. Tiada kiraan had kelayakan gaji kerana ia bersandarkan baki Yuran
  2. Had pembiayaan minimum RM1,000 dalam gandaan RM100 sehingga maksimum RM3,000. Kelayakan anggota untuk mendapatkan pembiayaan ini adalah seperti berikut:-

    1. Mempunyai jumlah yuran melebihi jumlah pembiayaan yang dipohon;
    2. Jumlah yuran hendaklah melebihi ikatan dengan mana-mana pembiayaan.

 

  1. Tempoh bayaran balik adalah seperti berikut:
    1. 12 bulan (1 Tahun) bagi pembiayaan RM1,000 hingga RM2,000;
    2. 18 bulan (1 Tahun 6 bulan) bagi pembiayaan melebihi RM2,000 hingga RM3,000.

 

  1. Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin kerana ia bersandarkan atas baki yuran anggota
  2. Tiada caj keuntungan yang dikenakan tetapi mengenakan bayaran proses seperti berikut:

    1. RM50 untuk pembiayaan RM1,000 sehingga RM1,500;
    2. RM75 untuk pembiayaan RM1,600 hingga RM2,000;
    3. RM125 untuk pembiayaan RM2,100 hingga RM3,000.
  3. Stamp Duti RM5 bagi tiap-tiap RM1,000 dikenakan kepada anggota yang mengambil pembiayaan.


  1. Pembiayaan Bai’ al’Inah Gadaijanji

Syarat-syarat kelayakan permohonan:

  1. Tiada kiraan had kelayakan gaji kerana ia bersandarkan 95% dari nilai harta yang hendak digadaikan
  2. Telah menjadi anggota sekurang-kurangnya 12 bulan genap

iii.   Had pembiayaan RM200,000

  1. Tempoh bayaran balik 300 bulan (25 Tahun)
  2. Baki tempoh pajakan harta takalih tersebut mestilah sekurang-kurangnya 35 tahun selepas selesai pembayaran terakhir
  3. Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin kerana ia bersandarkan atas harta tak alih anggota.
  4. Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 5.9% setahun kadar rata

BERAPA LAMAKAH TEMPOH PROSES KELULUSAN PEMBIAYAAN?
Bagi permohonan yang lengkap, tempoh proses kelulusan adalah selama 10 hari bekerja. Setiap pemohon akan dimaklumkan samada diluluskan atau tidak melalui sistem pesanan ringkas (SMS).



ADAKAH ANGGOTA DIBERI IBRA’ BAGI PENJELASAN AWAL PEMBIAYAAN?
Anggota yang menyelesaikan pembiayaan sepenuh atau sebahagiannya dengan lebih awal dari tempoh pembayaran balik ataupun mengambil pembiayaan bertindih, anggota harus membayar balik kos perkhidmatan 20% dari baki keuntungan belum genap tempoh atau peratusan yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.



BAGAIMANAKAH KIRAAN HAD TANGGUNGAN SESEORANG ANGGOTA SEBAGAI PENJAMIN?
Had tanggungan seseorang anggota sebagai penjamin adalah sebanyak sembilan (9) bulan gaji pokok atau satu perpuluhan lima (1.5) kali daripada had maksimum pembiayaan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa yang mana kurang.



BAGAIMANAKAH SAYA INGIN MENDAPAT PENJELASAN TERPERINCI BERHUBUNG SESUATU PEMBIAYAAN?
Untuk mendapatkan penjelasan terperinci, tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami di bahagian pembiayaan ditalian 03-22824660 sambungan 118/ 131/ 144/ 105 atau emailkan persoalan tuan/puan ke:-


KEANGGOTAAN
BAGAIMANAKAH INGIN MENJADI ANGGOTA KOPERASI TNB?
Untuk menjadi anggota Koperasi TNB, tuan/puan hendaklah melengkapkan borang permohonan menjadi anggota Koperasi TNB dan hantar ke alamat:-

Koperasi Tenaga Nasional Berhad
96, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur.


APAKAH SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA KOPERASI TNB?
Syarat-syarat untuk menjadi anggota ialah:-

  1. Terbuka kepada pekerja TNB dan syarikat subsidiari TNB;
  2. Warganegara Malaysia;
  3. Telah mencapai umur lapan belas tahun;
  4. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
  5. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

 

BERAPA LAMAKAH TEMPOH PROSES UNTUK MENJADI ANGGOTA?
Permohonan menjadi anggota akan dibentangkan dalam mesyuarat bulanan Koperasi TNB dan akan dimaklumkan secara bertulis kepada anggota dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas mendapat kelulusan mesyuarat bulanan.

 

APAKAH KELEBIHAN MENJADI ANGGOTA KOPERASI TNB?

BAGAIMANAKAH SAYA INGIN MENDAPAT PENJELASAN TERPERINCI BERHUBUNG KEANGGOTAAN BARU?
Untuk mendapatkan penjelasan terperinci, tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami di bahagian keanggotaan ditalian 03-22824660 sambungan 140/ 105 atau emailkan persoalan tuan/puan ke:-