Anda Di Sini : Utama Permohonan Permohonan Keanggotaan Baru
 
     
 
  PERMOHONAN KAMI
 

 
.....................................................
 
.....................................................
 
 
Permohonan Keanggotaan Baru
 
 
 
     
 

Permohonan

 

Anggota hendaklah menghantar borang permohonan untuk menjadi anggota Kop TNB dan memastikan borang diisi dengan lengkap dan sempurna beserta dengan salinan penyata gaji bulan terakhir sebelum permohonan dan salinan kad pengenalan.

 

Keanggotaan terbuka kepada kakitangan TNB, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat usahasama.

 

Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :


warganegara Malaysia
telah mencapai umur lapan belas tahun
bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini
bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu (1) tahun

 

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Kop TNB.

 

Yuran masuk

 

Tiap- tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak RM10.00 sahaja. Fee masuk menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Anggota Lembaga Koperasi.


Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee masuk sebanyak RM20.00 sahaja.

 

Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Anggota Lembaga Koperasi dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebab-sebabnya.

 

Klik sini untuk muat turun borang