Anda Di Sini : Utama Permohonan FAQ
 
     
 
  FAQ
 

 
.....................................................
 
.....................................................
 
 
TAWARAN PENAMBAHAN SYER KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD
 
 
 
     
 

1. Apakah tujuan tawaran penambahan syer Koperasi TNB?
Koperasi TNB telah menerima banyak permintaan untuk penambahan syer dari anggota-anggotanya. Ada diantara anggota Koperasi TNB yang membuat permintaan untuk penambahan syer sehingga ratusan ribu ringgit. Permintaan dari anggota-anggota ini adalah disebabkan oleh pulangan yang tinggi diberikan oleh Koperasi TNB dalam bentuk dividen iaitu sebanyak 9 % bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Setelah mengambil kira permintaan dari anggota-anggota dan selepas mendapat kelulusan dari SKM, Koperasi TNB telah menawarkan penambahan syer kepada semua anggotanya. Untuk berlaku adil kepada semua anggota Koperasi TNB menawarkan syer ini secara sama rata sehingga maksimum RM5 ribu.


2. Siapakah yang layak memohon syer tambahan Koperasi TNB?
Tawaran penambahan syer ini adalah terbuka kepada semua anggota yang belum mencapai had maksimum pegangan syer sebanyak RM5 ribu.


3. Adakah semua anggota yang belum mencapai had maksimum pegangan syer RM5 ribu wajib menerima tawaran penambahan syer Koperasi TNB ini?
Anggota yang masih belum mencapai had maksimum pegangan syer RM5 ribu tidak diwajibkan menerima tawaran penambahan syer ini. Koperasi tidak pernah memaksa anggota-anggotanya untuk menerima tawaran ini. Walau bagaimanapun semua anggota adalah digalakkan untuk menambah syer mereka supaya tidak ketinggalan.


4. Adakah saya perlu mengisi borang khas untuk membuat penambahan syer? Dimana boleh saya dapatkan borang permohonan tersebut?

Anggota yang berminat perlu mengisi borang khas ‘Borang Permohonan Penambahan Syer Koperasi TNB’ bagi tujuan penambahan syer. Borang ini boleh diperolehi di pejabat Koperasi TNB, Pusat Perkhidmatan Pelanggan, promosi bergerak Koperasi TNB, memuat turun melalui laman sesawang Koperasi TNB www.koptnb.com dan dari live wire TNB.


5. Berapakah jumlah syer tambahan Koperasi TNB yang layak saya pohon?
Anggota boleh merujuk kepada penyata tahunan atau Anggota perlu membuat semakan jumlah syer sedia ada dan jumlah syer yang layak dipohon dengan menghubungi Koperasi TNB di talian 03 – 2282 4660 / 03 – 2282 3670. Koperasi juga telah memaklumkan kepada anggota jumlah syer sedia ada melalui sistem pesanan ringkas (sms).


6. Apakah kelebihannya jika saya memohon syer tambahan ini?
Anggota yang memiliki syer tambahan ini akan menikmati dividen yang dibayar pada setiap tahun sehingga syer ini dipulangkan apabila anggota bersara atau berhenti daripada Koperasi TNB.


7. Bagaimanakah cara pembayaran yang boleh saya buat?
Kaedah pembayaran bagi syer tambahan ini boleh dibuat seperti berikut:
a) cek peribadi / bank draf / kiriman wang atas nama Koperasi Tenaga Nasional Berhad.
b) Anggota juga boleh mendepositkan terus ke akaun Koperasi TNB di Maybank (No. Akaun: 014 253 500 297). Sila faks atau emailkan slip deposit beserta borang permohonan ke pejabat Koperasi TNB.
c) Bagi bayaran tunai, pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Akaun, Tingkat 2 Bangunan Koperasi TNB Jalan Bangsar.
d) Bagi yang ingin membuat potongan gaji bulanan, borang permohonan mestilah diserahkan melalui faks 03 – 2282 7680 / 1267 dan/atau emailkan ke membersmail@ktnb.com.my


8. Berapakah potongan gaji minimum yang boleh dibuat?
Anggota boleh memilih untuk membuat potongan gaji minimum sebanyak RM50 atau RM100. Sekiranya anggota ingin membuat potongan gaji dengan kadar yang melebihi dari jumlah RM50 atau RM100, permohonan tersebut boleh dimajukan kepada pihak Koperasi TNB.


9. Sekiranya saya telah memilih untuk membuat potongan gaji, bolehkah saya membuat bayaran secara tunai bagi menggenapkan had maksimum RM5 ribu?
Anggota yang telah memilih untuk membuat potongan gaji boleh juga membuat bayaran secara tunai bagi menggenapkan had maksimum RM5 ribu.


10. Bolehkah saya membuat pindahan dari akaun Caruman bagi tujuan penambahan syer ini?
Anggota tidak boleh membuat pindahan dari akaun Caruman bagi tujuan penambahan syer ini. Walau bagaimanapun anggota dibenarkan untuk membuat pindahan dari akaun Simpanan Boleh Keluar (SBK) bagi tujuan ini.


11. Bilakah saya akan menerima dividen atas syer tambahan ini?
Anggota yang memiliki syer tambahan ini akan menerima dividen semasa pembayaran dividen pada tahun 2014 bagi tahun kewangan berakhir 2013.


12. Adakah dividen akan dibayar atas jumlah syer RM5 ribu yang dipohon?
Dividen hanya akan dibayar atas jumlah syer yang terkumpul pada 30 Jun setiap tahun. Sebagai contoh, sekiranya syer pada 30 Jun 2013 berjumlah RM3 ribu maka dividen yang akan dibayar adalah atas RM3 ribu sahaja. Sekiranya syer berjumlah RM5 ribu maka dividen akan dibayar berdasarkan jumlah tersebut.


13. Adakah dividen akan dibayar secara prorata?
Dividen tidak akan dibayar secara prorata kepada anggota. Dividen hanya akan dibayar atas jumlah syer yang dimiliki pada 30 Jun dengan syarat keanggotaan tidak terhenti pada 31 Disember.


14. Sekiranya saya tidak mengeluarkan dividen selepas tempoh pengeluaran, apakah yang akan terjadi kepada dividen tersebut?
Dividen atas syer yang tidak dikeluarkan akan dikreditkan ke akaun yuran anggota selepas tamat tempoh pengeluaran yang ditetapkan.


15. Sekiranya saya telah mempunyai syer RM5 ribu, bolehkah saya menambah syer saya?
Anggota yang telah mempunyai jumlah syer RM5 ribu tetapi masih berminat untuk menambah syer anggota boleh memajukan permohonan tersebut kepada pihak Koperasi TNB.


16. Bilakah tarikh tamat tawaran penambahan syer Koperasi TNB?
Tawaran penambahan syer ini dibuka sehingga 14 Disember 2012.


17. Selepas tamat tempoh tawaran penambahan, bolehkah saya memohon untuk menambah syer saya?
Anggota digalakkan untuk membuat permohonan di dalam tempoh tawaran kerana Koperasi TNB telah menyediakan cabutan bertuah kepada anggota yang memohon semasa tempoh tawaran iaitu dari 17 September 2012 sehingga 14 Disember 2012. Walau bagaimanapun anggota yang berminat untuk membuat tambahan syer selepas 14 Disember 2012 boleh memajukan permohonan tersebut kepada pihak Koperasi TNB.


18. Bolehkah saya menebus sebahagian dari syer saya? Apakah syarat-syaratnya dan bagaimanakah caranya untuk saya menebus syer tersebut?
Menurut Undang-undang Kecil Koperasi TNB, syer seseorang anggota hanya boleh ditebus selepas keanggotaannya dengan Koperasi TNB tamat. Anggota perlu mengisi Borang Pemberhentian Keanggotaan serta Borang Pindahmilik Saham dan memajukan kedua-dua borang tersebut kepada Koperasi TNB. Selepas mendapat kelulusan Lembaga, Koperasi TNB akan mengembalikan jumlah syer tersebut kepada anggota.


19. Sekiranya saya telah menamatkan keanggotaan dengan Koperasi TNB adakah saya layak untuk memohon syer yang ditawarkan ini?
Anggota yang telah menamatkan keanggotaannya dengan Koperasi TNB adalah tidak layak untuk memohon syer yang ditawarkan ini.


20. Sekiranya saya memerlukan maklumat lanjut berkenaan dengan tawaran penambahan syer Koperasi TNB, siapa yang harus saya hubungi?
Anggota-anggota yang memerlukan maklumat lanjut berkenaan dengan tawaran penambahan syer Koperasi TNB bolehlah mengemukakannya melalui email ke membersmail@ktnb.com.my atau di talian 03 – 2282 4660 ext 120.