SEMINAR PEMBANGUNAN KOPERASI BAHARU WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1 & 2.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan - telah mengadakan Seminar Pembangunan Koperasi Baharu Wilayah Persekutuan Siri 1 & 2 pada 22 & 23 Februari 2022 bertempat di Dewan Perdana, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Seminar dianjurkan adalah bertujuan memberi penerangan dan pemahaman kepada
koperasi baru akan tanggungjawab dan peranan selepas koperasi didaftarkan dengan peruntukan Akta Koperasi 1993.
Sebanyak 60 koperator yang mengambil bahagian adalah koperasi yang telah didaftarkan pada tahun 2021. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tuan Jaafar Ahmad selaku Pengarah SKM WP.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Mohd Marzuki Yasoa Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tenaga Nasional Bhd dan Encik Abdul Wahab Pengurus Jawatankuasa Perhubungan Angkasa WPKL - JPAN WPKL yang turut serta sebagai penceramah berkongsi pengalaman kepada koperasi baharu.
0 comments
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *