Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KopTNB) melancarkan rebat cukai jalan RM500,000 khas buat setiap anggotanya dan boleh dituntut mulai April 2022. Pengerusinya, Rahamat Abdullah berkata, inisiatif ini adalah sebagai satu penghargaan kepada anggota KopTNB yang telah memberi sokongan sehingga koperasi berjaya menjadi koperasi ketujuh terbaik negara bagi dua tahun berturut-turut sejak 2020.
“Sebagai tanda penghargaan, KopTNB memperuntukkan RM500,000 untuk dinikmati oleh setiap anggota dalam bentuk rebat memperbaharui cukai jalan kereta mereka.
“Had maksimum rebat untuk satu kereta adalah sebanyak RM120, dan tiada had maksimum jumlah kereta ditetapkan,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Rebat Cukai Jalan RM500,000 di sini hari ini.
Tambah Rahamat, transaksi pembayaran boleh dilakukan secara tunai atau kad kredit
dengan menggunakan sistem khidmat atas talian bank (FPX).“Potongan rebat akan dilakukan secara terus di
platform secara atas talian, khusus kepada anggota KopTNB serta menerusi ‘Renew Now, Pay Later’ dengan
potongan gaji sehingga RM7,000 untuk tujuh kenderaan.
“Untuk transaksi secara pembiayaan, anggota perlu membuat pembayaran penuh dan KopTNB akan
‘reimbursement’ ke akaun Simpanan Khas anggota dalam tempoh 45 hari setelah transaksi dilakukan,”
ujarnya.
Di samping itu, KopTNB juga menawarkan diskaun sebanyak lima peratus kepada pelanggan di atas Premium
Takaful menerusi semua transaksi secara tunai.Sementara itu, Pengerusi TNB, Datuk Sri Hasan Arifin
menyasarkan pada tiga tahun akan datang KopTNB bakal menjadi sebuah koperasi tiga terbaik dalam negara.
“Usaha berterusan, kegigihan dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah KopTNB serta pengurusan TNB itu sendiri
diperlukan agar dapat meningkatkan kualiti serta memperjuangkan kedudukan terbaik koperasi dalam negara.
“Sebagai cadangan, sekiranya ingin dibantu oleh TNB, pihak koperasi perlu meminda undang-undang kecil koperasi
dengan mewajibkan dua ahli lembaga pengarah dilantik oleh TNB sendiri,” jelasnya.
0 comments
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *