Perkhidmatan




Pembiayaan Tawaruq

Pembiayaan Tawaruq adalah bertujuan untuk mengadakan kontrak perniagaan melalui skim jualan dan bayaran tertangguh berdasarkan konsep syariah. Syarat-syarat utama permohonan ini adalah seperti berikut:

01 Tawaruq Berjamin
  • Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM 75,000
  • Menyediakan sekurang-kurangnya 3 orang penjamin
  • Kadar perkhidmatan 5.9% setahun sama rata
  • Tempoh bayaran ansuran selama 120 bulan
  • Bayaran Levi pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM 10 bagi setiap pembiayaan RM1000
  • Duti Setem pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM 10 bagi setiap pembiayaan RM1000


  • 02 Tawaruq Tanpa Penjamin
  • Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM15,000
  • Kadar perkhidmatan 5.9% setahun sama rata
  • Anggota wajib mencarum Takaful berkelompok bulanan minima RM20.00
  • Tempoh bayaran ansuran selama 48 bulan
  • Bayaran duti setem pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pembiayaan RM1000

  • 03 Tawaruq Yuran
  • Jumlah maksimum pembiayaan 90% dari jumlah yuran
  • Tempoh bayaran ansuran selama 120 bulan
  • Bayaran duti setem pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pembiayaan RM1000

  • Pembiayaan Qard

    Pembiayaan Qard adalah untuk membantu anggota-anggota untuk tujuan perbelanjaan didalam kecemasan.Syarat-syarat utama permohonan ini adalah seperti berikut:

  • Jumlah maksimum pembiayaan Qard RM5000 dan minimum RM1000
  • Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin
  • Jumlah yuran hendaklah melebihi 10 % ikatan dengan pembiayaan
  • Anggota mempunyai jumlah yuran melebihi jumlah pembiayaan yang dipohon
  • Mengemukakan permohonan kepada Koperasi TNB menggunakan borang rasmi
  • Pembiayaan ini akan dikenakan duti setem sebanyak RM 5 bagi setiap RM 1000 dan bayaran proses seperti jadual di bawah

  • Bayaran Proses Pembiayaan Qard adalah seperti berikut:

    Jumlah Pembiayaan Amount(RM)
    RM1000 - RM1500 RM 50
    RM1600 - RM2000 RM 75
    RM2100 - RM3000 RM 125
    RM3100 - RM4000 RM 175
    RM4100 – RM5000 RM 225

    Potongan Bulanan Pembiayaan Qard adalah seperti berikut:

    Jumlah Pembiayaan Amount(RM)
    RM1000 - RM2000 Potongan Maksimum sehingga 12 bulan
    RM2100 - RM3000 Potongan Maksimum sehingga 18 bulan
    RM3100 - RM4000 Potongan Maksimum sehingga 24 bulan
    RM4100 - RM5000 Potongan Maksimum sehingga 30 bulan


    Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi ke talian terus :+60 3 - 2282 4660/4399/4736 atau Whatapps 019 - 236 7264




    KTNB Travel & Tours Sdn Bhd

    KTNB Travel & Tours Sdn Bhd adalah agen pengembaraan dan pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia disamping menjadi ahli Malaysia Association of Tours and Travel (MATTA) dan International Air Transpoprt Association (IATA)


    Menawarkan perkhidmatan yang merangkumi :
  • Perkhidmatan pengurusan perjalanan korporat / lawatan teknikal.
  • Penempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa.
  • Pengurusan perjalanan Umrah
  • Pakej pelancongan dalam negeri (inbound) dan antarabangsa (outbound)
  • Pengurusan pengangkutan domestik dan antarabangsa
  • Pengurusan permohonan visa
  • Pengurusan MICE (Meeting, Incentive, Convention & Exhibition)
  • Pengurusan perlindungan takaful perjalanan.
  • Pengurusan Lesen Selam SCUBA

  • Mendapat kepercayaan untuk menguruskan perjalanan Ahli Lembaga Pengarah , Ketua Pegawai Eksekutif , Pengurusan Kanan dan anggota kerja TNB . Selain TNB, KTNB juga menguruskan perjalanan korporat Bank Rakyat , Amanah Ikhtiar Malaysia dan Institut Jantung Negara.

    Address : 96, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Tel No : 0143600792 - Pn Farah, 0143680792 - En Hazrul, 0193207308 - Pn Puteri

    Kebajikan dan Pendidikan

    Koperasi melalui Yayasan Amal Tenaga sentiasa berusaha untuk meringankan tanggungan anggota – anggota dan orang awam dengan memberikan sumbangan wang tunai bagi belanja persekolahan anak anak anggota dan orang awam.

    Kebajikan bersama Koperasi Tenaga Nasional Berhad mengikut syarat dan terma yang ditetapkan seperti berikut :

    01 Bantuan Pelajaran Raja Tan Sri Zainal
    Bantuan percuma dari Dana Raja Tan Sri Zainal dibahagikan kepada 3 bahagian:
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • Universiti / Profesional

  • 02 Pembiayaan Pelajaran Jubli Perak
  • Pembiayaan maksimum RM10,000 tanpa caj perkhidmatan dibayar RM2,000 setahun.
  • Bayaran ansuran RM 150 sebulan selepas tamat tempoh pengajian.
  • Anak anggota layak memohonnya.
  • Mempunyai dua orang penjamin.

  • 03 Sumbangan untuk Anggota Setia
  • Membiayai Anggota Setia sebahagian dari kos lawatan melancong ke dalam / luar negara.
  • Pencarum terbaik.
  • Keanggotaan terbaik.
  • Tempoh bayaran ansuran selama 120 bulan.

  • 04 Pendidikan
    Seminar keanggotaan

    05 Anugerah
  • Anugerah anak cemerlang
  • Anugerah anggota cemerlang (Pendidikan)

  • 06 Khairat Kematian
    Membayar sejumlah wang sebagai khairat kematian.

    Address : 96, Jalan Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Tel No : 018 - 378 8910

    KOPTOWN HOTEL

    valuable

    KOPTOWN HOTEL
    KUALA LUMPUR



    No 68. Wisma Pantai Baru,Bangsar, Kuala Lumpur
    Tel: + 603-2202 2722 Fax : 603-2201 2251

    1. Free WIFI
    2. 24-hour front desk
    3. Concierge daily
    4. Housekeeping
    5. Fax Machine
    6. Meeting facilities
    7. Newspaper
    8. Safety deposit box
    9. Photocopying


    KOPTOWN HOTEL
    SEGAMAT, JOHOR



    Jalan Kolam Air, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor
    Tel: + 607-931 2200 Fax : 603-2201 2251

    1. Strategic location
    2. Free Cancelation
    3. Air conditioning
    4. Concierge service
    5. 24-hour front desk
    6. Free private parking is possible on site.
    7. Meeting/banquet facilities



    KopTown Takaful

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad,terdapat dua jenis skim pilihan iaitu Takaful Berkelompok dan Takaful Motor Kenderaan & Cukai Jalan

    Perlindungan Takaful Nyawa Berkelompok - Takaful Ikhlas

    Skim Perlindungan Hayat & Simpanan Serendah RM0.33 Sehari!!!
    Koperasi Tenaga Nasional Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Takaful Ikhlas Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota koperasi yang mana pelan Takaful Idaman ini julung kali di perkenalkan di pasaran.

    Faedah
  • Premium yang rendah dari RM 10 sebulan ke RM 200 sebulan untuk perlindungan RM 18,000 ke RM 360,000.
  • Isteri / suami yang bukan anggota dan anak juga boleh menyertainya.
  • Simpanan dikembalikan 10% dari caruman bulanan terkumpul.
  • Pampasan kematian, manfaat 36 Penyakit kritikal, TPD & PPD
  • Pengebumian pasangan RM 2,000 dan anak RM 1,000
  • Semua manfaat di atas dapat dinikmati dengan sumbangan serendah RM10.00 SEBULAN / RM 0.33 SEHARI.Pelan ini juga ditawarkan kepada anggota selaras dengan Perlaksanaan Pembiayaan Syariah yang diperkenalkan oleh pihak Koperasi

    Keistimewaan- Anggota yang menyertai skim ini boleh membuat pembiayaan tanpa perlu menyediakan penjamin.

    Takaful Motor Kenderaan & Cukai Jalan

    Faedah
  • Kerjasama dengan Zurich, Syarikat Takaful Malaysia, Ikhlas dan Etiqa
  • Road Tax Percuma sehingga RM 120.
  • Diskaun 5% bagi pembayaran secara online banking.
  • Tempoh maksimum bayaran ansuran selama 10 bulan.
  • Potongan Gaji 7 kenderaan termasuk Road Tax dengan jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM 7,000.
  • Perkhidmatan towing secara percuma.
  • Penghantaran Road Tax yang cepat dan pantas.

  • Alamat alternate_email (mySenang) A-02-03A, LEVEL 1, PANTAI BUSINESS CENTER,
    Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    call 03 - 2282 4660 atau 019 - 658 4406




    Pembiayaan Ar-Rahnu

    Pembiayaan Ar-Rahnu merupakan Kemudahan Pajak Gadai Islam jangka pendek yang memberikan kemudahan pembiayaan 85% secara segera kepada pelanggan menggunapakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.

    *Penawaran perkhidmatan ini tertakluk kepada syarat dan kriteria barang emas

    Address : 96, Jalan Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Tel No : +603-60960310

    Whatsapp kami link di sini

    Kedai KOPTNB

    Kedai Koperasi TNB menawarkan pelbagai jenama perkakasan eletrik, komputer , telefon bimbit, kamera, motorsikal, barangan kemas dan produk pengguna lain yang terdapat permintaan dengan harga yang kompetitif dan berkualiti tinggi.

    01 Koptown @ILSAS

    Terletak di kampus Bandar Baru Bangi yang menyediakan barangan jenama ILSAS dan TNB . Juga menawarkan barangan pengguna untuk keperluan para peserta kursus dan pelawat dan anggota KopTNB khususnya di LDC, ILSAS dan Uniten.

    02 Koptown @HQ

    Terletak di Ibu Pejabat TNB Kuala Lumpur , menyediakan perkhidmatan kepada anggota-anggota di Ibu Pejabat dan kawasan sekitarnya. Menawarkan cenderahati, barangan berlogo TNB dan barangan pengguna dengan tawaran harga berpatutan kepada warga TNB, pihak Korporat TNB dan para pelawat TNB. Menjadi hub perkhidmatan kepada barangan premium cenderahati termasuk pakaian seragam untuk pembekalan kepada TNB melalui tender korporat.

    03 Koptown Kommerce

    Unit E-Commerce KopTNB, menjalankan penjualan atas talian selari dengan kepesatan teknologi digital untuk kemudahan anggota KopTNB. Menawarkan pelbagai barangan pengguna secara online dengan tagline “ Kemudahan Anggota DiHujung Jari”


    Address : 96, Jalan Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Tel No : +603-60960310